Biodata Ulama Qiraat
Biodata Fadhilatus Syeikh Dr. Redha
Nama beliau
Reda bin Ali bin Darwish Al-‘Ilwani. Lahir di Kaherah, Mesir. pada 13\10\1963m.
Nasab keturunan : Al-‘Ilwani Al-Jihainah bersambung sampai Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam kepada Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihumas Salam.
Menghafaz Al-Quran sejak umur 10 tahun dengan
Syeikh Hasan Ahmad Rahimahullah di Bandar Asuyuth. Iaitu di Masjid Pembelajaran
Islamiyyah. Kemudian Beliau bertalaqqi Al-Quran dengan Syeikh Qasim Addajwi
yang merupakan tenaga pengajar di Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar.
Seterusnya Beliau meneruskan pengajian di
Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir. Sijil bahagian Tajwidi, ‘Aliyyah, dan Takhassus
Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Mesir. Ijazah Sarjana Muda Bidang
Bahasa Arab dan Syariah Islamiyyah di Kuliah Darul Ulum Universiti Al-Azhar.
Diploma Pendidikan Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar. Diploma Syariah Islamiyyah, Dirasat Ulya, Mesir. Kuliah
Al-Quran di Thanta, dengan Keputusan Jayyid Jiddan. Master Syariah Islamiyyah
dengan Keputusan Jayyid Jiddan.
Beliau mendapat gelaran Doktor PHD
dalam bidang Qiraat daripada Universiti Passion International Online USA pada
tahun 2019.
Diantara Sanad Al-Quran Qiraat Yang Tertinggi. 28 sampai Rasulullah
Sallallahu Alaihu Wasallam.
Masyaikh2
Beliau :
1. Syeikh Misbah bin Ali Wadan, mempunyai sanad tertinggi pada zaman ini. Fadhilatus
Syeikh telah membaca A-Quran dengan beliau Qiraat Sughra (Asy-Syatibi dan
Ad-Durrah).
2. Syeikh Zakaria Abdul Salam Ad-Dusuqi, sanad yang tertinggi setaraf Syeikh Misbah.
Fadhilatus Syeikh telah membaca (Al-Quran) dengan beliau Qiraat As-Sughra dan
Al-Kubra.
3. Syeikh Salman Abdul Salam. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat
Tujuh (Asy-Syatibi)
4. Syeikh Bakri Tharabisyi, sanad Al-Quran paling tinggi di Syiria. Fadhilatus
Syeikh telah membaca dengan beliau Hafs an Asim.
5. Syeikh Abdul Basit Hamid. Fadhilatus Syeikh membaca dengan beliau Qiraat
As-Sughra, Qiraat Al-Kubra, Qiraat Aba’ah Syawaz, Matan Qiraat dan Syarahnya.
6. Syeikh Hasanin Hasan Badwi, Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat
Sughra dan Kubra.
7. Syeikh Abdullah Al-Jauhari, pensyarah di Maahad Qiraat Shoubra pada zaman beliau.
Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Hafs (daripada Asy-Syatibiyyah
dan At-Thayyibah) dan Matan Qiraat.
8. Syeikh Ahmad Subhi Syabkah kepada Syeikh Ali Zayyad. Telah membaca Fadhilatus
Syeikh dengan beliau Qiraat ‘Asim dan Riwayat Hafs.
9. Syeikh Abdul Fattah Madkur. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Riwayat
Hafs dan Matan Qiraat.
10. Syeikh ‘Irfan Al-Hamuli. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Hafs
(Thariq Thayyibah).
11. Syeikh ‘Iryan Al-Sha’iidi. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengannya Qiraat Tujuh
Asy-Syatibiyyah.
12. Syeikh Sayyid Lasyin Abu Al-Farah. Fadhilatus Syeikh membaca dengan beliau Qiraat Ibn
Kathir dan Riwayat Hafs di Madinah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
13. Syeikh Abu Zaid Al-Yamani. Fadhilatus Syeikh membaca dengan beliau di Madinah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan beliau Riwayat Hafs Syatibiyyah.
14. Syeikh Muhammad Taufiq Al-Haddad As-Suuri, sanad beliau bersambung dengan Syeikh
Kurayyim Rajih. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Shugra
(Syatibiyyah dan Thayyibah.
15. Syeikah Nafisah Abu Al-Ala Al-Kaherah. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan
beliau Qiraat Sepuluh Shugra dan Kubra , Qiraat Empat Syaz, Matan Tajwid, dan Matan Qiraat.
16. Syeikh Abdul Aziz Abdul Hafiz, Pensyarah Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar pada
zamannya. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Riwayat Hafs
Syatibiyyah
17. Syeikh Abdul Razak Al Bakri, Pensyarah Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar
pada zamannya. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Riwayat Hafs.
18. Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zayyaat. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan
beliau Al-Fatihah dan sebahagian Al-Quran.
19. Syeikh Salehuddin Isa sanad kepada Syeikh Ahmad Mustafa kepada Az-Zayyaat.
Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Tujuh Syatibiyyah.
20. Membaca (Al-Quran) oleh Fadhilatus Syeikh dengan Ramai Masyaikh-Masyaikh di
Maahad-Maahad Qiraat.
21. Membaca (Al-Quran) oleh Fadhilatus Syeikh dengan Ramai Masyaikh-Masyaikh
dengan tanpa sanad.
Bidang Hadith, Feqah dan lain-lain
Fadhilatus Syeikh telah belajar Kitab Sunnah Sittah
dengan Syeikh Ustaz Doktor Universiti Al-Azhar Kuliah Islamiyyah, Syeikh Ustaz
Doktor Muhammad Hasan, Sanad beliau sampai kepada Rasulullah S.A.W. Selain itu
Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Matan-Matan Bahasa Arab.
Selain
itu beliau, telah belajar Mustolah Hadith dengan Masyaikh-masyaikh yang Hebat
di Universiti Al-Azhar. Diantaranya Syeikh Doktor Ahmad Umar Hasyim HafizAllah
anh. dan Doktor Ahmad Suthuhi bi Hilwan Rah.
Beliau
telah belajar Feqah dengan Syeikh Nasru Farid Washal di Dirasat ‘Ulya dan
Syeikh Abdul Fattah, Mazhab Syafiee.
Fadhilatus
Syeikh telah belajar Ushul Fiqh dengan Syeikh Ustaz Ahmad Hasan di Kuliah Darul
Ulum dan Dirasat Al-`Ulya dengan ramai Masyaikh.
Telah
belajar Tarikh Islamiyyah di Kuliyyaah Darul Ulum dengan ramai Masyaikh diantaranya
Doktor Toha Abdul Maqshur.
Belajar
di Kuliah Adab, Lughah dan Sejarah di Universiti Ain Syams. (1Tahun)
Fadhilatus
Syeikh telah belajar Lughah dan Adab dengan ramai Pensyarah Darul Ulum.
Telah
belajar Akidah Islamiyyah dengan Masyaikh di Kuliah Darul Ulum dan Dirasat
Al-`Ulya dan dengan Masyaikh Al-Azhar di Maahad Universiti Syar`iyyah, Kaherah.
Belajar
Tasawwuf semua Mazhab dan Tarikat di Kuliah Darul Ulum dengan Ramai Masyaikh.
Belajar
Ilmu Bahasa dan Lahjah Arab di Kuliah Darul Ulum di Universiti Syar`yyah dengan
Syeikh Doktor Muhammad Sahlul rah.
Belajar
di Kuliah Al-Quran di Thanta dan mendapat keputusan Jayyid Jiddan. Pelajaran
dalam bidang Qiraat, Bahasa, Tafsir dan Mazhab-mazhab Mufassirin.
Pengarang Kitab
1. Al-Muyassar fi Jamak Qiraat Al-Asyr Al-Sughra min
Al-Syatibiyyah wa Ad- Durrah. (9 Jilid)
2. Al-Wafi fi Qiraat Syukbah Al-Kufi min Thariq
Al-Syatibiyyah wa Al-Tayyibah.
3. Fath Al-Rahman fi Thariq Hafs.
4. Kitab Al-Mughni fi Riwayat Qalun an Nafi` Al-Madani
min Thariq Al-Syatibiyyah wa Al-Thayyibah. (2 Jilid)
5. Fath Rabbul Bariyyaat fi Qiraat Hamzah Al-Zayyat min
Al-Syatibiyyah. Dicetak di Madinah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.
6. Al-Ikhtiyar min Thariq Hafs. Dicetak di Madinah Nabi
Sallallahu alaihi wasallam, Riyadh, Saudi.
7. Sedang mengarang Kitab Qiraat Al-Kubra.
Pekerjaan
1. Tenaga pengajar Al-Quran Al-Karim di Maahad Al-Azhar
Asy- Syarif.
2. Mengajar Qiraat di Maahad Qiraat Khatamul Mursalin di
Giza.
3. Mengajar Qiraat dan Ulum Syar`iyyah di
Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Kaherah.
4. Mengajar di Saudi (10 Tahun).
5. Mengajar di Pusat Latihan Pendidikan Bagi Guru-Guru di
Saudi.
6. Mengajar
Feqah, Hadith, dan Tafsir bagi Pelajar Sekolah Menengah di Saudi
7. Khatib
di Masjid- Masjid di Mesir sejak 30 tahun, dan sebahagiannya di Saudi.
8. Mengajar
Talaqqi Al-Quran secara Musafahah di Mesir, Saudi, Malaysia.
9. Mengajar
Tajwid, Qiraat, dan Ulum Al-Quran di Televisyen Mesir.
10. Ketua Bahagian
Al-Quran dan Qiraat Universiti Passion International Online USA dan wakil di
Malaysia.
Anak-Anak Beliau
1. Abdur
Rahman Reda – Imam, Khatib, dan Pengajar Ulum Syar`iyyah, Al-Quran dan Qiraat
di Mesir. Master Syariah Al-Islamiyyah, Kuliah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar.
2. Abdullah Reda –
Pelajar di Kuliah Universiti Al-Azhar.
3. Asma` Reda –
Pelajar Syariah Islamiyyah Universiti Al- Azhar.
4. Sumayyah –
Pelajar
Comments
Post a Comment