Kitab Tajwid
Asy-Syarh Al-Mukhtashor Al-Wajiz ‘Ala Mandhzumah
Tuhfah Al-Atfal Wa Al-Ghilman Fi Tajwid Al-Quran
- Penulis :Syeikh ‘Ali Muhammad Dhobba’, Syeikhul Qurra’ Mesir (1380H / 1961M)
- Penterjemah : Muhammad Taufiq Bin Mazlan
- Bidang : Ilmu Tajwid
- Bilangan muka surat : 66 muka
- Versi : Bahasa Arab dan Bahasa Melayu (saling bersebelan)
- Penerbit : Markaz Al-Imam Asy-Syatibi, (+6011-12208382)
Biodata
Ringkas Pengarang Matan : Al-‘Allamah
Sulaiman
Al-Jamzuri
Nama beliau Syeikh /
Sulaiman Bin Husain Bin Muhammad Bin Syibli Al-Jamzuri terkenal dengan nama
Al-Afandi, Imam lagi Muqri’ yang agung (bermazhab) Asy-Syafie.
Dilahirkan pada Rabi’ul
Awal tahun Bid’i 1160 hijrah di Tantada yang dikenali sekarang sebagai Tanta.
Perjalanan (ilmu) kepada
Al-‘Allamah Syeikh Qurra’ zaman beliau, penghulu Qurra’ di Masjid Al-Ahmadi,
iaitu Al-‘Allamah Ali Bin Umar Bin Ahmad Bin Umar Bin Naji Al-Mihiy Al-Kabir,
Al-Ahmadi Asy-Syafie, wafat pada tahun 1204h. Telah bertalaqqi dengan beliau
ilmu Qiraat dan perincian ilmu Tajwid.
Sebahagian daripada
karangan beliau : “Fathul Aqfal Syarh Tuhfatul Atfal”, dan “Nadzmu Kanzu
Al-Ma’ani Bi Tahrir Hirzi Al-Amani”, dasn syarahnya
“Fathurrahmani Syarhu Kanzu Al-Ma’ani”, dan “Mandzumah Fi Riwayah Al-Imam Warsh”, dan
“Jamil Musarrah Fi Syawahid Asy-Syatibiyyah”.
Tidak diketahui tarikh
wafat beliau dengan yakin dan tepat, tetapi tahun yang akhir diketahui adalah
beliau hidup pada tahun 1208h, dan ini adalah tahun selesai padanya daripada
karangan kitabnya “Fathur Rahmani”.
Biodata
Ringkas Pensyarah Matan : Al-‘Allamah
Ali Dhobba’
Nama beliau Syeikh / Ali
Bin Muhammad Bin Hasan Bin Ibrahim, gelarannya Ad-Dhobba’.
Imam yang terkehadapan
dalam ilmu Tajwid, Qiraat, Resam ‘Utsmani, Dhabtul Mushaf Asy-Syarif, dan bilangan
ayat-ayat (Al-Quran) dan lain-lain.
Pemimpin masyaikh-masyaikh
umum Al-Maqari’ dan Iqra di sekitar Mesir atas pandangan para saksi daripada
Kibar ‘Ulama yang nyata daripada dinding (halangan), bijaksana, warak, ahli
ibadah, tawadhu’, lemah lembut, pemaaf, jiwa mulia, tidak kurang daripada
tilawah Al-Quran.
Talaqqi Al-Quran daripada
bukan seorang sahaja daripada guru yang dipercayai cendiakawan yang pasti,
sebahagian daripadanya : Al-‘Allamah Al-Muhaqqaq Syeikh / Hasan Al-Kutbi, dan
Syeikh / Abdul Rahman Al-Khotib Asy-Sya’ar.
Dan daripada Syeikh yang
paling ‘Alim di Mesir yang mengambil (ilmu) daripada Syeikh Ad-Dhabba’ iaitu :
Al-‘Allamah Al Muqri’ Al-Musnid Syeikh / Ahmad Abdul Aziz Ahmad Muhammad
Az-Zayyaat Al-Misri Ad-Dhorir, dan daripada luar Mesir : Al-‘Allamah
Al-Muhaqqaq Fadhilatus Syeikh / Abdul Aziz Bin Syeikh Muhammad Ali ‘Uyun
As-Suwad, Syeikh Qurra’ dan Ketua Mufti di Hamsh Syiria, tarikh 1399h.
Dan selepas kehidupan yang
kaya dengan khidmat yang besar dengan kitab Allah SWT, beliau wafat kira-kira pada
tahun 1376 hijrah.
Comments
Post a Comment